Halaman

Khamis, 30 Disember 2010

Dapatkan Waktu Solat!

Sumber: JAKIM, http://www.e-solat.gov.my/

1- Klik pada 'Source Code' yang terdapat pada menu sebelah kiri anda, bawah sekali.

2- Dapatkan kod negeri dan daerah anda seperti yang dijadualkan.

3- Terdapat dua sahaja pilihan template berserta kodnya sekali yang boleh di'paste'kan pada blog anda. Pilih salah satu sahaja.

4- Tukarkan kod, lang, url, font dll. sepertimana yang ditunjukkan contohnya, mengikut kedudukan anda.

5- Jika memilih template pertama kena tambah width (untuk lebar) dan height (untuk tinggi) dan tentukan kadar kedua-duanya. Contoh; width=100% height=350.

5- Dapatkan gajet HTML dari Blogger untuk memasukkan kod yang sudah diedit dan sedia untuk dipaparkan.


* Rujukan lain bagi waktu solat, sila kunjungi juga laman waktusolat.net.

Khamis, 23 Disember 2010

Muat Turun al-Quran Dengan Rasm 'Uthmani!!


Mushaf al-Quran rasm 'Uthmani digital ini sama seperti dengan mushaf al-Quran manual biasa . Cuma menariknya ia disertakan dengan enjin pencari bagi memudahkan kita mencari mana-mana ayat yang dikehendaki. Malah dapat dipindahkan ke bentuk word secara automatik dengan mengklik ikon (نسخ إلى وورد). Program ini mudah digunakan, dan bersaiz 67 MB. Setelah anda muat turun dan buka program, klik ikon SETUP (setup.exe) dan secara automatik ia akan dipasang dan dapat digunakan.

Untuk mendownload dari sini:
http://www.qurancomplex.com/Downloads/Fonts/AllApp.zip
__________________
Rujukan asal: di sini.

Rabu, 22 Disember 2010

Download Perisian Free Maktabah Syamilah!!

Download Maktabah Syamilah : (silahkan pilih v.3.41)
Selain diatas ada juga al-Marja'a al-Akbar, lengkap dan bisa di pertanggung jawabkan naskahnya. Terkait masalah Maktabah Syamilah, sebagian kalangan santri mencurigai beberapa kontennya. Oleh karena itu berhati-hati dengan Maktabah Syamilah. Infornya bisa kalian lihat disini http://aswaja-nu.blogspot.com/2010/10/al-marjaa-al-akbar-lengkap-dan-bisa.html.


Adapun Maktabah ats-Turats adalah software perpustakaan digital yang fungsinya hampir mirip dengan Maktabah Shamela / Maktabah Shamilah. Sang pembuat meng-klaim kalau maktabah ini lebih lengkap daripada Maktabah Shamela. Namun kelemahannya adalah masih banyaknya kesalahan maupun kekurangan dalam penulisan dan penyajian serta lisensinya masih berbayar. Saat ini sudah mencapai versi yang ke 4 dirilis pada tahun 1428-1429 H. Besar file adalah 11 GB lebih.

Silahkan kalian telusuri link berikut untuk mencari informasi mengenai Maktabah ini. (KLIK SINI -Google-)


Rujukan asal: di sini.

Mengukur Arah Kiblat Dengan Google Earth!!

Oleh: royaltown7

Mungkin ramai lagi yang tak tahu… Google Earth berkait rapat dengan 3D Google SketchupKerana visual 3D (model 3D dalam Google Earth) dibuat menggunakan Google Sketchup. Dan ukurannya adalah TEPAT.

Dengan ukuran yang tepat inilah boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.





Video ini sekadar panduan, terutamanya kepada umat Islam yang nak cari arah kiblat.. kalau tiada kompas dan petunjuk lain.

Sekadar perkongsian…

oleh

Ikhwan

-------------------------

* Ya, suatu info baru yang mungkin tak terfikir oleh sesetengah dari kita. Kecanggihan teknologi kini sebenarnya adalah suatu keajaiban ('kemukjizatan') yang sering tidak kita pedulikan! Allah...

Petikan entri asal di sini.

Rabu, 15 Disember 2010

Apa Dia Fungsi 'Kod Embed'?

Kod embed adalah 'bahasa' yang digunapakai dan difahami oleh komputer. Dengan membaca kod embed ini, komputer mampu memaparkan imej-imej yang hebat dan mengkagumkan kita pada skrin komputer.

Sebagai contoh, jika kita ingin menerbitkan sebuah entri dalam blog berkenaan sesuatu maklumat dalam bentuk slideshare, atau sesuatu peristiwa berserta rakaman dari youtube, maka kita perlu menyalin kod embed yang disediakan olehnya. Lalu kita 'paste'kannya dalam ruang catatan entri baru yang ingin diterbitkan tersebut. Misalnya, kod embed di sebalik paparan dari Youtube di bawah adalah seperti berikut;

Dan hasilnya adalah tayangan ini;



Kod embed ini juga sebenarnya boleh diubah suai mengikut selera kita, tetapi memerlukan sedikit latihan dan kemahiran dari kita, seperti menukar saiz paparan dan sebagainya.

Selamat mencuba...

Selasa, 14 Disember 2010

Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Oleh: Muhammad Faizal (lihat entri asal)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Malaysia Flag icon Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua sedikit tentang hasil kajian saya mengenai Penggunaan Internet di Malaysia. Kajian yang mungkin agak ringkas ini saya lakukan sebenarnya adalah bertujuan untuk saya mengetahui apakah trend pengguna Internet di Malaysia dan hasilnya, saya akan dapat menggunakan data-data ini untuk tujuan pemasaran saya di Internet; dan khususnya di Malaysia. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada maklumat yang akan saya paparkan di sini.

PENDAHULUAN: JUMLAH PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA

Sebelum kita pergi ke aras yang lebih lanjut, mari kita lihat terlebih dahulu berapa ramaikah pengguna Internet di Malaysia ini. Mengikut perangkaan untuk tahun 2008 yang dipaparkan oleh Google (yang diperolehi daripada World Bank, World Development Indicators), terdapat 62.6% daripada penduduk di Malaysia ini menggunakan Internet.

Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 27, 728 700 penduduk Malaysia pada tahun 2008. Maka oleh itu, 62.6% penduduk Malaysia yang menggunakan Internet adalah bersamaan dengan 17, 358166.2 penduduk Malaysia yang menggunakan Internet! Ramai bukan?? Kemudian, mari kita pergi kepada persoalan yang lebih menarik iaitu, apakah laman-laman web yang sering mereka lawati.

Statistik Broadband Users di Malaysia 300x208 Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

* Sekadar tambahan, di sini saya paparkan Statistik Langganan Jalur Lebar (Broadband) di Malaysia.
(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia).

1. LAMAN WEB YANG DILAWATI OLEH PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA

Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati laman web yang berpengkalan di U.S), terdapat senarai 100 laman web yang sering dilawati oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia. Untuk pemerhatian ini, saya hanya akan paparkan 10 laman web teratas sahaja untuk kegunaan kita bersama.

top 100 sites in Malaysia Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Sumber: Alexa.com.
Klik di sini untuk melihat keseluruhan Ranking 100 laman web utama di Malaysia.

Seperti yang kita lihat daripada paparan skrin di atas, Facebook merupakan laman utama yang dilawati oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Saya tidak tahu mengapa..Mungkin aplikasi games nya kot yang membuatkan kita suka dengan Facebook nie icon wink Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia . Tidak mengapa dan jangan terkejut.. Facebook ini merupakan fenomena biasa yang juga berlaku di luar negara, termasuklah Nigeria! (Betul! Ranking nombor 1 mereka juga adalah Facebook..huhu). Laman social networking ini menjadi pilihan utama kita di Malaysia ini. Kalau dahulunya Friendster antara 10 teratas di Malaysia ini, namun sekarang tidak lagi.. Ramai di antara kita telahpun beralih kepada Facebook dan juga Myspace (Ranking No.10).

Kemudian di Ranking No. 2, 3, 4, adalah Search Engines yang biasa kita lawati apabila kita mula-mula membuka Internet browser. So, ini bukanlah sesuatu yang perkara yang pelik di sini ;p

Kemudian di Ranking No.5, kita dapati laman video YouTube menjadi laman video utama yang kita lawati. Meskipun terdapat banyak pesaing laman web video serata dunia seperti DailyMotion.com (yang mana top di US), kita di Malaysia masih lagi menyukai YouTube ini. Sebabnya? Saya pun tidak pasti..(mungkin akan kita lakukan kajian lagi selepas ini icon wink Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia )

Di Ranking No.6, kita lihat laman Blogger.com menjadi laman web yang sering kita lawati. Mengapa? Pada pendapat saya, dengan meningkatnya tahap kesedaran Internet di Malaysia masakini, ramai di antara kita berlumba-lumba untuk mendapatkan laman web/blog kita sendiri di Blogger.com, dan ini pastinya menjadi satu perkembangan yang baik di Malaysia ini. Berdasarkan pemerhatian rambang saya, ramai yang menggunakan Blogger.com di Malaysia ini untuk menjual produk online mereka. Sebenarnya, Blogger.com bukanlah tempat terbaik untuk menjalankan perniagaan online memandangkan cirinya yang agak terhad. Lebih baik memiliki laman web sendiri ataupun menggunakan WordPress (Ranking No.13) untuk menjalankan perniagaan Internet anda. Tak perlu kata apa-apa, ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja icon wink Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia .

Dan di Ranking No.8, kita lihat laman web Wikipedia.org menjadi pilihan utama kita.

Ok, setelah selesai melihat 10 senarai teratas laman web yang sering pengguna Internet di Malaysia ini lawati, kita akan pergi ke data yang lebih lanjut lagi iaitu apakah kata kunci atau keywords yang sering rakyat Malaysia gunakan semasa menjalankan pencarian mereka di Internet.

2. KEYWORDS/SEARCH QUERIES TERTINGGI DI MALAYSIA

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Google Zeitgeist pada tahun 2009, keywords ‘jawatan kosong’ merupakan carian yang paling banyak dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Berikut adalah sedikit nota daripada mereka:

2009 was a year for Malaysians to forge closer ties with one another and look up out-of-touch friends and family as evidenced by the presence of facebook, Friendster, MySpace, Twitter and Tagged in the top and fastest-rising searches for Malaysia. It was also a year that saw new faces, led by YouTube sensation Zee Avi in the entertainment field and politican Elizabeth Wong on the newsmakers list. Malaysians were also clearly interested in the recently-announced 1Malaysia F1 team that was granted permission to compete in next year’s Formula One season. Check out the lists below to get a better sense of the Malaysian Zeitgeist, or spirit of the times, in 2009!

top search queries in Malaysia 214x300 Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Keywords/Top Search Queries in Malaysia.
Sumber: Google Zeitgeist 2009

Setelah meneliti data tersebut, mari kita lihat Keywords utama yang ditaip oleh kebanyakan rakyat Malaysia pada tahun 2010 ini.

top search queries in Malaysia 2010 Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Sumber: Google Trends

KESIMPULAN

Hm, menarik bukan? Seperti yang saya terangkan di bahagian Pendahuluan di atas, data-data ini saya kumpulkan agar dapat membantu saya dalam memasarkan produk ataupun servis-servis saya. Ianya mungkin agak ringkas dan tidak memberikan penjelasan yang terperinci, namun kepada sesiapa yang betul-betul tahu menggunakannya, data ini mungkin amat berharga. icon wink Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Itu sahaja buat masa ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada data-data yang saya tunjukkan di sini. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan yang lain, akan saya kupas dengan lebih lanjut dan berbincang tentang perkara-perkara menarik seperti ini dengan anda.

Terima kasih. Salam.


Berdakwah Melalui Blog

Catatan Oleh: Ustaz Hasrizal Abd. Jamil

blog

“Berdakwah melalui blog” demikian tajuk ceramah yang diamanahkan kepada saya.

Fakulti Teknologi dan Sains Informasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menganjurkan ceramah berkaitan dengan dua lapangan iaitu DAKWAH dan TEKNOLOGI MAKLUMAT. Saya sebenarnya agak kekok tatkala menerima jemputan berceramah tentang blog. Sebagaimana saya masih lagi berasa kekok digelar sebagai blogger.

Tetapi jemputan ini merupakan peluang yang baik untuk saya membuat muhasabah terhadap apa yang saya lakukan selama ini. Sesungguhnya dakwah bukan sekadar menyampaikan. Sebaliknya tanggungjawab menguruskan dakwah juga sama penting. Soal dokumentasi, adalah penting agar usaha dakwah seorang da’ie tidak mati dengan matinya dia. Ceramah ini membantu saya mendokumentasikan sejarah perjalanan SAIFULISLAM.COM

slide2

Berdakwah dengan hikmah itu luas pengertiannya. Namun hikmah yang penting untuk dikaitkan dengan topik berdakwah melalui blog ini, adalah hikmah yang bermaksud ketepatan. Tepat kaedah dan tepat sasaran. Bukan sahaja perniagaan yang memencilkan internet akan kerugian besar pada pelanggannya yang berpotensi, malah pada jalur yang sama, dakwah juga akan terpencil dengan memencilkan internet.

Berdakwah melalui blog adalah response yang dituntut bagi mendepani challenge yang sedang dihadapi semasa. Ia adalah suatu tindakan proaktif.

slide5

Ada beberapa tabiat sedia ada pada diri saya yang banyak memberikan kemudahan untuk berblog. Semenjak di bangku sekolah, minat kepada komputer sangat tinggi. Ketika di Tingkatan 1, saya bersungguh-sungguh cuba belajar Basic Awalan, belajar menggunakan Wordstar dan seterusnya tidak pernah jemu menongkat dagu di bilik komputer sekolah dari malam hingga ke subuh untuk mencetak majalah sekolah dengan mesin cetak yang amat bising dan mengilukan ketika itu.

Malah semasa di Jordan, biar pun tanpa internet, saya sudah selesa untuk duduk mengadap komputer mempeghodi (meneroka sambil ‘merosakkan) kedua-dua aspek software dan hardware komputer Macintosh Performa milik teman-teman. Pernah juga berniaga memasang komputer secara ala carte untuk pelajar semasa bermastautin di UK, Tottenham Court Road adalah ‘syurga dunia’ saya.

Manakala menulis pula, adalah cara saya menghilangkan kusut minda. Saya tidak boleh membaca nota orang lain. Apa sahaja yang dipelajari perlu dinotakan sendiri dan menulis sentiasa menjadi cara saya untuk menyusun kefahaman saya tentang sesuatu subjek dan topik. Kombinasi di antara tabiat menulis untuk menterjemahkan minda, dan komputer sebagai suatu perkara yang amat digemari, maka momentum untuk blog menjadi mudah dan seperti semulajadi.

slide6

Bermain-main dengan coding di era Basic Awalan dan DOS, menjadikan aplikasi HTML sangat menghiburkan. Saya memulakan penulisan di internet dengan gurau senda saya bersama html yang di suatu ketika belum muncul dalam bentuk template. Segala-galanya bermula dari kosong dan usaha untuk mengemaskinikan halaman web peribadi boleh menelan masa berjam-jam akibat daripada nature kod HTML itu sendiri.

Blog saifulislam.com beroleh suatu kemudahan yang amat besar apabila saya diperkenalkan oleh seorang sahabat dengan platform WordPress. Biar pun di peringkat awal saya agak sinikal dengan idea-idea baru, rasa kekok melihat blog-blog yang kelihatannya seperti sebuah diari, namun saya beranikan sahaja diri untuk mencuba. Ternyata, wordpress telah memberikan satu bentuk revolusi yang besar kepada saifulislam.com.

slide7

Artikel pertama yang saya muat naik, adalah PEMBUKAAN KOTA CONSTANTINOPLE 1453 di halaman web pertama saya yang menumpang di TRIPOD. Dalam usaha untuk mencari hosting percuma yang tidak terlalu diganggu oleh iklan di sana sini, saya berpindah dari TRIPOD ke GEOCITIES, pernah juga ke FREEHOSTDEPARTMENT dan satu dua syarikat hosting yang lain. Sehinggalah akhirnya, saya menulis artikel “NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT JUANG”, dan mahu mengenengahkan fail mp3 nasyid-nasyid kumpulan nasyid kami semasa menuntut di Jordan dulu, lalu saya telah berpindah ke server berbayar pertama di www.hostdepartment.com.

Ketika itu, halaman web peribadi saya dialamatkan dengan domain www.hasrizal.com dan ia bertahan selama kira-kira setahun, sehinggalah saya semakin menerima soalan daripada teman-teman bukan Melayu yang bertanyakan tentang maksud HASRIZAL. Akhirnya, selepas kelahiran anak sulung saya, www.hasrizal.com ditukarkan ke www.saifulislam.com sehingga kini.

Domain www.hasrizal.com masih disimpan dan diperbaharui sehinggalah dua atau tiga tahun kemudian saya terlupa untuk memperbaharui domain itu, dan ia expired. Kini domain itu dipegang oleh sebuah syarikat pendaftar dan saya ditawarkan untuk membeli kembali domain tersebut dengan harga beberapa ribu US Dollar! Nasihat saya kepada sesiapa yang mahu mendaftar domain, anda perlu konsisten menjaganya. Sekali terlepas, terlepaslah ia.

slide9

“Berblog kerana terpaksa, terseksa!” saya menyelitkan penerangan.

“Berblog untuk menerima, terima duit, terima pengunjung, terima manfaat, lebih bagus dan boleh fokus. Tapi ia belum cukup bagus,” saya menambah lagi.

“Berblog untuk memberi, mencari makna hidup dengan menyumbangkan kebaikan dan nasihat serta panduan… itulah kemuncak kepuasan dalam berblog. Justeru saya pilih tag blog Saifulislam.Com sebagai ERTI HIDUP PADA MEMBERI” saya menyambung bicara.

“Dengan syarat, memberi itu dengan rasa kasih sayang,” penerangan disudahkan.

Nilaikanlah sendiri apa motif atau niat anda untuk membuka blog. Apakah kerana terpaksa disebabkan oleh trend rakan-rakan yang membuka blog? Apakah sekadar memikirkan apa manfaat yang mahu diterima, dengan membuka 100 blog yang hanya mempunyai iklan untuk menjana duit? Atau ada sesuatu yang lebih besar daripada semua itu? Mahu MEMBERI?

slide11

Membuka blog dan memulakannya amat mudah. Semudah membuka akaun email. Jika seseorang itu boleh menggunakan Microsoft Word, pasti mengendalikan wordpress.com atau blogspot.com tidak menjadi masalah buatnya.

Tetapi persoalan yang besar ialah pada istiqamah. Konsistensi yang mahu dipertahankan dalam perjalanan yang panjang. Alhamdulillah setelah lebih 10 tahun memilik halaman web sendiri, daripada sebuah personal website kepada apa yang dinamakan hari ini sebagai BLOG, beberapa nasihat boleh dikongsikan bersama untuk mencari kekuatan yang didambakan oleh seorang penulis.

Salah satu unsur penting untuk kejayaan sebuah blog ialah pada menjadikannya sebuah blog yang unik dan tersendiri. Keunikan itu sukar untuk timbul jika kita sekadar cut and paste artikel daripada halaman lain atau sekadar menulis pengetahuan yang kita tahu. Keunikan boleh timbul daripada sesuatu yang hanya dimiliki secara eksklusif oleh setiap individu seperti cap jarinya iaitulah sebuah PENGALAMAN.

Banyakkan menyelitkan pengalaman diri kerana itulah elemen yang menjadikan blog kita tidak sama dengan mana-mana blog lain. Angkat pengalaman itu sebagai mutiara yang berharga dalam hidup, dan latihlah diri untuk berupaya menafsirkan pengalaman hidup hingga terbit ibrah daripadanya.

Tidak dilupakan, aspek kualiti bahasa.

Menulis dengan bahasa yang korupsi, bukan sahaja akan menjadikan sebuah blog tidak diminati oleh kelompok yang tidak berbahasa dengan slanga yang sedemikian rupa, malah penulis blog itu sendiri akan mual membaca catatannya semasa mendukung anak ketiga sambil menyelak arkib.

Kualiti bahasa itu adalah kadar nyawa bagai upaya malar segar sesebuah blog dan artikel yang dihasilkan.

Tentu sekali, faktor paling besar ialah pada membawa keluarga untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada blog kita.

Daripada sesuatu yang dianggap mencuri masa oleh sang isteri, saya tidak jemu-jemu untuk mengubah suai persepsi isteri dan keluarga hingga akhirnya blog saifulislam.com menjadi wadah untuk kami berdua merakamkan proses belajar dan mengajar dalam rumahtangga sendiri, dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan keluarga Saifulislam.Com.

Syukur, dalam tatih, akhirnya UMMUSAIF.COM juga muncul dengan identitinya yang tersendiri.

slide17

Komen bukan sebarang komen. Ia adalah sama berharga dan sama berguna di sisi artikel induk yang dipaparkan.

Justeru saya amat serius dalam usaha menjaga hala tuju dan bentuk komen yang dikongsi bersama oleh pembaca. Setiap satu komen dihargai. Kecuali komen yang tidak menghormati tajuk perbincangan asal, serta komen yang diungkap dengan bahasa yang tidak berakhlaq.

Semua itu terpaksa dibersihkan agar blog yang bakal saya wariskan kepada anak-anak ini, tidak mengandungi wabak penyakit yang mengundang dosa.

Terima kasih kepada SEMUA pembaca yang sudi berkongsi. Sharing is caring, amat besar pengertiannya di Saifulislam.Com

slide18

Dua orang mentor besar saya, telah memberikan impak yang sangat signifikan kepada fikiran, pendekatan dakwah dan seterusnya tulisan saya sendiri.

Mentor pertama adalah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, sifu saya semasa bertugas di Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Bekerja sebagai penolong pengarah kepada bahagian penyelidikan dan modul, saya bekerja di bawah panduan Ustaz Pahrol, dan beliau yang kaya dengan pengalaman dakwah serta ketajaman minda, mengasah segala apa yang saya ada agar berhasil menjadi suatu pakej dakwah yang baik.

Beliau memperkenalkan saya kepada kaedah beranalogi. Beliau juga meyakinkan saya kepada kuasa simplicity di dalam ilmu dan penyampaian. Ustaz Pahrol membantu saya membaca buku-buku self help Barat dan yang paling utama, beliau mengubah 100% persepsi saya terhadap apa yang dinamakan sebagai MOTIVASI.

Mentor kedua saya adalah Puan Ainon Mohamad, Sifu PTS.

Biar pun saya hanya berkesempatan hadir ke kursus kendalian beliau sebanyak dua kali, impaknya amat besar kepada diri saya dan seterusnya menyaksikan perubahan kepada penulisan saya di blog Saifulislam.Com.

Pertamanya, Puan Ainon memperkenalkan tool yang sangat berguna untuk penulis seperti saya. Peta minda (mindmap) berbentuk tulang ikan yang diajarnya telah begitu berkesan sekali membantu saya mengingati kembali sejumlah besar peristiwa yang pernah berlaku di dalam hidup ini, dan tidak keterlaluan jika saya katakan, peta minda yang diajar oleh Puan Ainon itu telah memungkinkan saya menghasilkan tidak kurang daripada 100 artikel pada kadar yang segera.

Keduanya, Puan Ainon mengajar saya cara untuk menghidupkan penulisan, iaitu dengan membanyakkan ayat-ayat dialog berbanding ayat naratif yang membosankan.

“Aku mengantuklah,” kata Ahmad.

“Aku pun sama juga. Inilah akibatnya jika sibuk berkempen malam tadi!” balas Ali yang meneman.

Bentuk ayat sebegini adalah jauh lebih menghidupkan penceritaan berbanding sekadar catatan:

“… pagi itu Ahmad dan Ali mengantuk kerana mereka tidak cukup tidur. Semuanya gara-gara sibuk berkempen hingga jauh malam…”

Bukan sahaja Ahmad dan Ali yang mengantuk, malah pembaca juga turut mengantuk sama!

Begitu juga, Puan Ainon meyakinkan saya tentang KUASA CERITA. Sampaikan agama melalui cerita, adalah mesej yang sering beliau tekankan. Biar pun suatu tajuk itu begitu berat isinya, namun cerita akan mampu mengubah mesej berat itu kepada format yang mudah digarap oleh pembaca.

Terakhir, Puan Ainon juga memperkenalkan kepada saya KJ Method, iaitu kaedah menulis yang tidak terikat kepada bentuk lateral yang membantutkan. Lepas Bab 1 baru Bab 2. Jika tersangkut Bab 3, maka sampai kiamatlah tidak muncul Bab 4. Meminjam tabiat turunnya ayat-ayat al-Quran secara rawak bergantung kepada situasi dan peristiwa, demikianlah seorang penulis harus memanfaatkannya.

Tulis sahaja apa yang terlintas di kepala.

Cuma kekalkan kerangka, bahasa dan gaya penyampaian agar semua artikel itu nanti boleh dicantumkan menjadi sebuah buku.

Itulah ramuan di sebalik penghasilan buku pertama saya, AKU TERIMA NIKAHNYA.

slide19

Mungkin inilah kemuncaknya.

Setelah halaman web berubah menjadi blog, blog berhasil menjadi buku, akhirnya blog juga menjadi asas karier utama saya hari ini. Penubuhan Saifulislam Training & Consultancy adalah hasil daripada perkembangan blog Saifulislam.Com. Kini, hampir 75% aktiviti dan jemputan yang saya terima, dijana oleh blog dan bagusnya ialah, kesemua ceramah saya, boleh dilanjutkan pembacaan, semakan semula dan pengambilan nota dengan peserta melayari blog Saifulislam.Com.

Blog ini menjadi after course service untuk follow up yang sering menjadi titik kegagalan kursus-kursus motivasi yang lain, apabila kursus yang berkesan tidak dibekalkan dengan bahan susulan yang menyokong perubahan diri yang diserukan kepada manusia.

p3310012

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada Al-Fadhil Encik Che Wan Shamsul Bahri bin Che Wan Ahmad dan Encik Khirulnizam Abd Rahman daripada KUIS atas jemputan. Semoga bermanfaat.

Semoga Allah terus menerus mengurniakan daya istiqamah dan kemurniaan maksud di sebalik penghasilan blog ini.

Jangan henti ngeblog… hingga kamu mati.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com (lihat entri asal)


Bagaimana Membina Blog? (2)

Check out this SlideShare Presentation:

Bagaimana Membina Blog? (1)

Check out this SlideShare Presentation:

Aplikasi ICT Dalam P&P Agama

Check out this SlideShare Presentation:

Internet Dalam Pendidikan (2)

Kelebihan Internet Dalam Pendidikan

* Pautan asal.