Halaman

Sabtu, 6 Ogos 2011

Cara Masukkan Kitab Ke Maktabah Shamela



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada kali ini, suka untuk berkongsi kepada kalian tentang cara-cara untuk muat turun tulisan daripada kitab ulama’ dan seterusnya memuatkan tulisan tersebut ke dalam Maktabah Syamela.

Langkah 1:
Pilih tulisan kitab ulama’ yang anda mahu daripada laman web berikut:
http://shamela.ws/
Contohnya anda memilih kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madzhab al-Syafi’i.



Langkah 2:

Setelah nama kitab yang anda pilih terpapar pada skrin, kini anda hanya perlu klik pada simbol buku. Dan anda akan lihat kitab tersebut akan dimuat turun ke dalam komputer anda.




Langkah 3:
Setelah itu, klik pada pilihan ‘Save’. Dan fail akan disimpan ke dalam folder ‘Downloads’.




Langkah 4:
Buka ‘Maktabah Shamela’




Langkah 5:
Pergi masuk ke dalam tempat simpanan fail yang telah dimuat turun tadi. Lihat di bawah:



Langkah 6: Pastikan fail itu ada.



Langkah 7:

Sekarang tarik fail kitab tadi masuk ke dalam ‘Maktabah Shamela’ seperti di bawah:





Langkah 8:

Ini adalah merupakan langkah akhir. Anda hanya perlu menekah simbol seperti ‘kilat/petir’ yang ditunjukkan di sebelah kanan. Setelah itu, tulisan kitab tersebut akan terus dimasukkan ke dalam maktabah shamela. Selesai. Sangat mudah!








Sekian sahaja Tutorial masukkan kitab ke dalam maktabah shamela. Wassalam.


2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. السلام عليكم ورحمة الله، يا أستاذ

    Ana ada artikel baru tentang bagaimana nak reset maktabah shamela yg gelap.

    *Reset (warna) Maktabah Shamela.
    http://lutfi-latif.blogspot.com/2011/08/reset-maktabah-shamela.html

    ^_^

    BalasPadam