Halaman

Selasa, 14 Disember 2010

Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Oleh: Muhammad Faizal (lihat entri asal)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Malaysia Flag icon Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua sedikit tentang hasil kajian saya mengenai Penggunaan Internet di Malaysia. Kajian yang mungkin agak ringkas ini saya lakukan sebenarnya adalah bertujuan untuk saya mengetahui apakah trend pengguna Internet di Malaysia dan hasilnya, saya akan dapat menggunakan data-data ini untuk tujuan pemasaran saya di Internet; dan khususnya di Malaysia. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada maklumat yang akan saya paparkan di sini.

PENDAHULUAN: JUMLAH PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA

Sebelum kita pergi ke aras yang lebih lanjut, mari kita lihat terlebih dahulu berapa ramaikah pengguna Internet di Malaysia ini. Mengikut perangkaan untuk tahun 2008 yang dipaparkan oleh Google (yang diperolehi daripada World Bank, World Development Indicators), terdapat 62.6% daripada penduduk di Malaysia ini menggunakan Internet.

Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 27, 728 700 penduduk Malaysia pada tahun 2008. Maka oleh itu, 62.6% penduduk Malaysia yang menggunakan Internet adalah bersamaan dengan 17, 358166.2 penduduk Malaysia yang menggunakan Internet! Ramai bukan?? Kemudian, mari kita pergi kepada persoalan yang lebih menarik iaitu, apakah laman-laman web yang sering mereka lawati.

Statistik Broadband Users di Malaysia 300x208 Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

* Sekadar tambahan, di sini saya paparkan Statistik Langganan Jalur Lebar (Broadband) di Malaysia.
(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia).

1. LAMAN WEB YANG DILAWATI OLEH PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA

Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati laman web yang berpengkalan di U.S), terdapat senarai 100 laman web yang sering dilawati oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia. Untuk pemerhatian ini, saya hanya akan paparkan 10 laman web teratas sahaja untuk kegunaan kita bersama.

top 100 sites in Malaysia Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Sumber: Alexa.com.
Klik di sini untuk melihat keseluruhan Ranking 100 laman web utama di Malaysia.

Seperti yang kita lihat daripada paparan skrin di atas, Facebook merupakan laman utama yang dilawati oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Saya tidak tahu mengapa..Mungkin aplikasi games nya kot yang membuatkan kita suka dengan Facebook nie icon wink Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia . Tidak mengapa dan jangan terkejut.. Facebook ini merupakan fenomena biasa yang juga berlaku di luar negara, termasuklah Nigeria! (Betul! Ranking nombor 1 mereka juga adalah Facebook..huhu). Laman social networking ini menjadi pilihan utama kita di Malaysia ini. Kalau dahulunya Friendster antara 10 teratas di Malaysia ini, namun sekarang tidak lagi.. Ramai di antara kita telahpun beralih kepada Facebook dan juga Myspace (Ranking No.10).

Kemudian di Ranking No. 2, 3, 4, adalah Search Engines yang biasa kita lawati apabila kita mula-mula membuka Internet browser. So, ini bukanlah sesuatu yang perkara yang pelik di sini ;p

Kemudian di Ranking No.5, kita dapati laman video YouTube menjadi laman video utama yang kita lawati. Meskipun terdapat banyak pesaing laman web video serata dunia seperti DailyMotion.com (yang mana top di US), kita di Malaysia masih lagi menyukai YouTube ini. Sebabnya? Saya pun tidak pasti..(mungkin akan kita lakukan kajian lagi selepas ini icon wink Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia )

Di Ranking No.6, kita lihat laman Blogger.com menjadi laman web yang sering kita lawati. Mengapa? Pada pendapat saya, dengan meningkatnya tahap kesedaran Internet di Malaysia masakini, ramai di antara kita berlumba-lumba untuk mendapatkan laman web/blog kita sendiri di Blogger.com, dan ini pastinya menjadi satu perkembangan yang baik di Malaysia ini. Berdasarkan pemerhatian rambang saya, ramai yang menggunakan Blogger.com di Malaysia ini untuk menjual produk online mereka. Sebenarnya, Blogger.com bukanlah tempat terbaik untuk menjalankan perniagaan online memandangkan cirinya yang agak terhad. Lebih baik memiliki laman web sendiri ataupun menggunakan WordPress (Ranking No.13) untuk menjalankan perniagaan Internet anda. Tak perlu kata apa-apa, ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja icon wink Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia .

Dan di Ranking No.8, kita lihat laman web Wikipedia.org menjadi pilihan utama kita.

Ok, setelah selesai melihat 10 senarai teratas laman web yang sering pengguna Internet di Malaysia ini lawati, kita akan pergi ke data yang lebih lanjut lagi iaitu apakah kata kunci atau keywords yang sering rakyat Malaysia gunakan semasa menjalankan pencarian mereka di Internet.

2. KEYWORDS/SEARCH QUERIES TERTINGGI DI MALAYSIA

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Google Zeitgeist pada tahun 2009, keywords ‘jawatan kosong’ merupakan carian yang paling banyak dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Berikut adalah sedikit nota daripada mereka:

2009 was a year for Malaysians to forge closer ties with one another and look up out-of-touch friends and family as evidenced by the presence of facebook, Friendster, MySpace, Twitter and Tagged in the top and fastest-rising searches for Malaysia. It was also a year that saw new faces, led by YouTube sensation Zee Avi in the entertainment field and politican Elizabeth Wong on the newsmakers list. Malaysians were also clearly interested in the recently-announced 1Malaysia F1 team that was granted permission to compete in next year’s Formula One season. Check out the lists below to get a better sense of the Malaysian Zeitgeist, or spirit of the times, in 2009!

top search queries in Malaysia 214x300 Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Keywords/Top Search Queries in Malaysia.
Sumber: Google Zeitgeist 2009

Setelah meneliti data tersebut, mari kita lihat Keywords utama yang ditaip oleh kebanyakan rakyat Malaysia pada tahun 2010 ini.

top search queries in Malaysia 2010 Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Sumber: Google Trends

KESIMPULAN

Hm, menarik bukan? Seperti yang saya terangkan di bahagian Pendahuluan di atas, data-data ini saya kumpulkan agar dapat membantu saya dalam memasarkan produk ataupun servis-servis saya. Ianya mungkin agak ringkas dan tidak memberikan penjelasan yang terperinci, namun kepada sesiapa yang betul-betul tahu menggunakannya, data ini mungkin amat berharga. icon wink Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Itu sahaja buat masa ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada data-data yang saya tunjukkan di sini. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan yang lain, akan saya kupas dengan lebih lanjut dan berbincang tentang perkara-perkara menarik seperti ini dengan anda.

Terima kasih. Salam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan