Halaman

Ahad, 30 Oktober 2011

al-Ma’thurat pada telefon anda…


imagemuatturun-m-mathurat-dari-android-market

m-mathurat-introaleeflammeem-m-mathuratdirektori-m-mathurat

Pengenalan
  • m-Mathurat adalah applikasi mobil untuk himpunan doa al-Ma’thurat.
  • Mengandungi koleksi doa dan zikir Nabi Muhammad s.a.w. yang diamalkan oleh Imam Hassan Al-Banna.
  • Aplikasi ini menyediakan doa-doa dan ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Malaysia.

Objektif Pembangunan
Menggalakkan ummah mengamalkan membaca ma’thurat di mana sahaja.

Kelebihan applikasi
  • Bacaan yang dialunkan oleh Ustaz Don Daniyal Biyajid.
  • Isi kandungan dalam bentuk digital - terus install dalam telefon anda.
  • Dengan suara bacaan doa dan ayat al-Quran.
  • Mod pemanduan (akan datang dalam penambahbaikan seterusnya) .

Bacaan ayat al-Quran dan Doa oleh
Uztaz Don Daniyal Biyajid

Pembangun aplikasi
Muhammad Faiz
Muhammad Khusairi

Penasihat
Khirulnizam Abd Rahman
Che Wan Shamsul Bahri

Maklumat lanjut

Cara Muat-turun (versi Android)

http://bit.ly/mathurat

Alhamdulillah, dengan izin Allah al-Ma'thurat mobile (versi Android) telah berjaya dibangunkan.
Terima kasih kepada Ustaz Don Daniyal Biyajid yang telah menyumbangkan suara untuk
bacaan ayat al-Quran dan doa.


Buat masa ini kami hanya mampu membangunkan versi Android
(untuk iPhone/Symbian/Windows Phone/Blackberry. Insya-Allah ada rezeki kami akan usahakan).


Sebarang kesilapan pada ayat/doa/terjemahan atau teknikal sila laporkan di sini.


Sila muat turun (Beta) dari Android Market.


Terima kasih atas sokongan anda.


PANDUAN MUAT_TURUN DAN PEMASANGAN APPLIKASI


  • Pastikan telefon Android anda berhubung dengan Internet. WiFi lebih baik kerana applikasi m-Mathurat bersaiz agak besar, 20MB.
  • Pada telefon Android anda, buka applikasi Android Market.
android-market-icon
  • Taip mathurat pada ruangan cari (search).
search-for-mathurat
  • Pilih "al-Mathurat bersama Ustaz Don".
tap-m-mathurat
  • Klik "Install".
tan-install
  • Anda perlu bersetuju dengan Permission yang diminta oleh pembangun.
accept-download
  • "NETWORK COMMUNICATION" - applikasi ini akan menghubungkan link kepada laman web kami sahaja. Kami tidak menggunakan Internet telefon anda untuk mencapai iklan atau menghantar data sulit anda kepada server.
  • "PHONE CALLS" - kami perlu mengetahui status telefon anda. Sekiranya ayat/doa sedang dimainkan, dan ada panggilan masuk ke telefon, applikasi akan memberhentikan bacaan ayat/doa untuk memberi laluan kepada anda menjawab panggilan tersebut dengan selesa (tanpa ada bunyi latar bacaan ayat/doa).
  • Tunggu sehingga muat-turun selesai. Oleh kerana fail agak besar (20MB), harap dapat bersabar sehingga 100% selesai. Sebab utama fail applikasi ini besar kerana ia mengandungi suara bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Saiz fail boleh dikecilkan, tetapi akan menyebabkan kualiti suara rendah.
waiting-to-complete
  • Selepas applikasi selesai dimuat-turun, mesej “Installing…” akan dipaparkan. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
installing-m-mathurat
  • Skrin berikut akan dipaparkan. Tap pada butang “Open”.
open-app-m-mathurat
  • Dan harap anda dapat manfaat daripada applikasi ini.
apps-running

Ahad, 9 Oktober 2011

60,000 Pelajar Kita Ketagih Facebook


Oleh Norakmah Mat Youb

Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
 

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.

“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.
 

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.
 

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

 

al-Quran 3D!!

Penulis: Abu Luqman Armudha
Artikel Muslim.Or.Id

Satu lagi software yang memanjakan kita dalam beribadah kepada Allah subhaanahu wata’aala. Sembari kita bekerja dan kadang jenuh di hadapan komputer atau laptop kita, mendingan kita berwudhu dulu (ini dianjurkan) trus buka aplikasi yang satu ini, maka kita serasa membaca al-Quran di atas meja kecil.

Memang benar, dari namanya, tampilan aplikasi ini 100 % 3D (tiga dimensi) alias benar-benar mendekati wujud aslinya.

Kelebihan perangkat lunak ini antara lain:

  1. Portabel, jadi tidak perlu diinstal, cukup diekstrak ke dalam komputer Anda, maka langsung bisa dijalankan.
  2. Tampilan yang menawan, yang menyajikan tampilan high quality, serta sejuk di mata.
  3. Ada tombol penunjuk berdasar ayat, surat dan juz.

Kekurangan:

  1. Sebanding dengan tampilannya, aplikasi ini membutuhkan space (ruang) yang lumayan besar yaitu 40-an MB.
  2. Tidak mendukung Bookmark, yaitu apabila kita ingin membaca surat al-Baqarah, terus berhenti di salah satu ayat, maka apabila kita tutup, trus selanjutnya kita buka lagi, maka yang muncul adalah tampilan awal lagi.
  3. Kadang-kadang tidak kompatibel di komputer-komputer lama, pentium 3 ke bawah.

Screenshot:

Tampilan Quran3D dari Atas

Close
Tampilan Quran3D dari Atas

Terdapat Tombol Penunjuk Surat

Close
Terdapat Tombol Penunjuk Surat

Efek FlipBook-nya Terasa Sekali

Close
Efek FlipBook-nya Terasa Sekali

Tombol Penunjuk Juz

Close
Tombol Penunjuk Juz

Berikut ini manual fitur-fitur yang ada berdasarkan tombol di atas

Close
Berikut ini manual fitur-fitur yang ada berdasarkan tombol di atas

  1. Next dan Previous Page
  2. Tombol arah kanan kiri atas dan bawah
  3. Zoom in dan Zoom out
  4. Tombol untuk memutar sudut pandang sehingga memudahkan kita untuk membacanya.
  5. Tombol Move (memindahkan) untuk memindahkan windows (jendela) program ini.
  6. Tombol untuk memperbesar atau memperkecil ukuran windows.
  7. Tombol Navigasi penunjuk Surat.
  8. Tombol Navigasi penunjuk Juz
  9. Slider untuk memilih halaman
  10. Tombol untuk membuat program ini berada di atas dari program-program yang lain posisiwindows-nya.

Link Download:

Download di sini.