Halaman

Ahad, 9 Oktober 2011

al-Quran 3D!!

Penulis: Abu Luqman Armudha
Artikel Muslim.Or.Id

Satu lagi software yang memanjakan kita dalam beribadah kepada Allah subhaanahu wata’aala. Sembari kita bekerja dan kadang jenuh di hadapan komputer atau laptop kita, mendingan kita berwudhu dulu (ini dianjurkan) trus buka aplikasi yang satu ini, maka kita serasa membaca al-Quran di atas meja kecil.

Memang benar, dari namanya, tampilan aplikasi ini 100 % 3D (tiga dimensi) alias benar-benar mendekati wujud aslinya.

Kelebihan perangkat lunak ini antara lain:

  1. Portabel, jadi tidak perlu diinstal, cukup diekstrak ke dalam komputer Anda, maka langsung bisa dijalankan.
  2. Tampilan yang menawan, yang menyajikan tampilan high quality, serta sejuk di mata.
  3. Ada tombol penunjuk berdasar ayat, surat dan juz.

Kekurangan:

  1. Sebanding dengan tampilannya, aplikasi ini membutuhkan space (ruang) yang lumayan besar yaitu 40-an MB.
  2. Tidak mendukung Bookmark, yaitu apabila kita ingin membaca surat al-Baqarah, terus berhenti di salah satu ayat, maka apabila kita tutup, trus selanjutnya kita buka lagi, maka yang muncul adalah tampilan awal lagi.
  3. Kadang-kadang tidak kompatibel di komputer-komputer lama, pentium 3 ke bawah.

Screenshot:

Tampilan Quran3D dari Atas

Close
Tampilan Quran3D dari Atas

Terdapat Tombol Penunjuk Surat

Close
Terdapat Tombol Penunjuk Surat

Efek FlipBook-nya Terasa Sekali

Close
Efek FlipBook-nya Terasa Sekali

Tombol Penunjuk Juz

Close
Tombol Penunjuk Juz

Berikut ini manual fitur-fitur yang ada berdasarkan tombol di atas

Close
Berikut ini manual fitur-fitur yang ada berdasarkan tombol di atas

  1. Next dan Previous Page
  2. Tombol arah kanan kiri atas dan bawah
  3. Zoom in dan Zoom out
  4. Tombol untuk memutar sudut pandang sehingga memudahkan kita untuk membacanya.
  5. Tombol Move (memindahkan) untuk memindahkan windows (jendela) program ini.
  6. Tombol untuk memperbesar atau memperkecil ukuran windows.
  7. Tombol Navigasi penunjuk Surat.
  8. Tombol Navigasi penunjuk Juz
  9. Slider untuk memilih halaman
  10. Tombol untuk membuat program ini berada di atas dari program-program yang lain posisiwindows-nya.

Link Download:

Download di sini.


Sabtu, 6 Ogos 2011

Cara Masukkan Kitab Ke Maktabah Shamela



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada kali ini, suka untuk berkongsi kepada kalian tentang cara-cara untuk muat turun tulisan daripada kitab ulama’ dan seterusnya memuatkan tulisan tersebut ke dalam Maktabah Syamela.

Langkah 1:
Pilih tulisan kitab ulama’ yang anda mahu daripada laman web berikut:
http://shamela.ws/
Contohnya anda memilih kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madzhab al-Syafi’i.



Langkah 2:

Setelah nama kitab yang anda pilih terpapar pada skrin, kini anda hanya perlu klik pada simbol buku. Dan anda akan lihat kitab tersebut akan dimuat turun ke dalam komputer anda.




Langkah 3:
Setelah itu, klik pada pilihan ‘Save’. Dan fail akan disimpan ke dalam folder ‘Downloads’.




Langkah 4:
Buka ‘Maktabah Shamela’




Langkah 5:
Pergi masuk ke dalam tempat simpanan fail yang telah dimuat turun tadi. Lihat di bawah:



Langkah 6: Pastikan fail itu ada.



Langkah 7:

Sekarang tarik fail kitab tadi masuk ke dalam ‘Maktabah Shamela’ seperti di bawah:





Langkah 8:

Ini adalah merupakan langkah akhir. Anda hanya perlu menekah simbol seperti ‘kilat/petir’ yang ditunjukkan di sebelah kanan. Setelah itu, tulisan kitab tersebut akan terus dimasukkan ke dalam maktabah shamela. Selesai. Sangat mudah!








Sekian sahaja Tutorial masukkan kitab ke dalam maktabah shamela. Wassalam.


Khamis, 19 Mei 2011

al-Quran Digital


Perkembangan teknologi pada hari ini memberi banyak manfaat. Manusia dapat menguruskan sesuatu perkara dengan mudah dalam masa yang singkat. Jika dahulu al-Quran ditulis dalam bentuk mushaf telah memberi banyak kemudahan kepada umat Islam untuk tujuan pembacaan dan memahaminya. Namun setiap mushaf yang ditulis memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

Tetapi dengan terciptanya alat percetakan, al-Quran boleh dicetak dengan jumlah yang banyak dalam waktu yang singkat. Sebagai contoh Percetakan Malik Fahd di Arab Saudi sejak mula ditubuhkan hingga sekarang telah mencetak lebih 100 juta naskhah al-Quran. Ini tidak dikira lagi percetakan al-Quran di negara Islam yang lain seperti Mesir, Libya, Lubnan, Malaysia, Indonesia, India dan lain-lain.

Penghasilan al-Quran terus melangkah ke hadapan dengan terhasilnya al-Quran dalam bentuk rakaman sama ada melalui piring hitam atau kaset. Ramai qari terkenal telah merakam bacaan al-Quran 30 juzuk sama ada dari negara Arab atau di Malaysia sendiri. Dengan itu bacaan al-Quran boleh didengar dengan jelas walaupun dalam situasi yang sibuk seperti ketika memandu kenderaan dan sebagainya.

Pada hari ini penggunaan piring hitam dan kaset sudah ketinggalan zaman. Kerosakan banyak berlaku pada alat tersebut dan menyebabkan bacaan al-Quran yang dimainkan juga terjejas. Teknologi terus berkembang. Kecanggihan pemikiran dan kreativiti umat Islam telah dapat menghasilkan al-Quran dalam bentuk digital.

Al-Quran digital ini mempunyai banyak bentuk. Ada yang berbentuk paparan ayat al-Quran di skrin sama ada melalui telefon bimbit atau komputer dan pembaca dapat membaca mengikut surah mana yang dikehendaki dengan sekadar menaip surahnya sahaja. Ada juga yang berbentuk paparan ayat al-Quran bersekali dengan suara bacaan dari qari terkenal seperti Syeikh Mahmud Khali Khusari, Syeikh Sudais, Syeikh Saud Syuraim, Syeikh Abdul Basit dan lain-lain.

Selain itu ada juga bacaan al-Quran sahaja. Penghasilan al-Quran dalam bentuk digital ini sebenarnya adalah untuk membantu umat Islam menjadi lebih dekat kepada al-Quran. Alasan tidak ada masa untuk membaca al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian sebenarnya tidak boleh lagi menjadi hujah. Suri rumah yang sibuk dengan mengemas rumah sepanjang hari boleh memainkan bacaan al-Quran dan mendengarnya sambil berkemas.

Pegawai yang bekerja di pejabat boleh memainkan bacaan al-Quran dengan suara yang perlahan sambil meneruskan kerja. Namun semua itu mestilah menjaga adab-adab supaya tidak menganggu rakan kerja yang lain.

Sebagai peringatan, dalam kita mencari manakah al-Quran digital yang sesuai untuk kita miliki pastikan al-Quran digital yang hendak dibeli mempuyai sijil pengesahan dari Lajnah Tashih al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Banyak permohonan dari syarikat pengeluar agar al-Quran digital disemak dan disahkan oleh Lajnah Tashih namun banyak yang ditolak kerana terdapat kesalahan yang tidak boleh dibaiki antaranya tulisan ayat di paparan tidak mengikuti Rasm Uthmani, salah dari sudut dabt, salah bacaan dan lain-lain.


- UTUSAN (dari myadha)


Khamis, 3 Februari 2011

Krisis Mesir Bukti Pentingnya Internet Masa Kini

Akibat Memotong Internet: Mesir Rugi USD90 Juta Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi

90 مليون دولار هي تكلفة قطع الانترنت حسب منظمة التعاون والتنمية الاقتصادية

Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan yang berpusat di Paris, hari Khamis, dalam laporan awal mereka bahawa ekonomi Mesir telah kerugian kos sekitar 90 juta dollar ($ 90,000,000) kesan perkhidmatan internet dan laman rangkaian sosial dipotong selama lima hari. Tambahnya, perkhidmatan yang tergendala merupakan 3% hingga 4% dari jumlah keseluruhan KDNK negara.

Dijangkakan kesan ekonominya mungkin lebih besar dalam jangka masa panjang. Organisasi ini menunjukkan dalam sebuah kenyataan ringkas bahawa, "Perkhidmatan yang tergendala (komunikasi dan internet) merupakan 3% hingga 4% dari KDNK, mewakili kehilangan kos sekitar 18 juta dollar sehari."

Perkhidmatan talian internet mula pulih sebahagiannya pada hari Rabu selepas dipotong selama lebih dari lima hari oleh kerajaan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang menghadapi gerakan protes rakyatnya secara besar-besaran yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam tempoh 30 tahun beliau berkuasa.

* Sumber asal di sini.